Jumat, 31 Januari 2014

Dia Bukan Lagi Paling Gemuk Di Dunia!


Dia Bukan Lagi Paling Gemuk Di Dunia!
Dia Bukan Lagi Paling Gemuk Di Dunia! - LONDON : Bekas lelaki paling gemuk di dunia semalam meraikan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 292 kilogram.P
Dia Bukan Lagi Paling Gemuk Di Dunia!
aul Mason berjaya mengurangkan dua per tiga daripada 445 kilogram berat badannya sebelum ini selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik.
Pembedahan itu mengurangkan perutnya kepada saiz sebiji telur.
Bekas posmen dari Ipswich, Suffolk itu semalam berkata: “Perjalanan saya masih jauh.”
Dia berikrar untuk menjadi lelaki yang paling gemuk di dunia kepada lelaki yang paling banyak turun berat badan.
Bil perubatan untuk membantu Mason menurunkan berat badan dipercayai mencecah (RM5 juta).
Mason, 51, mengaku: “Saya malu digelar lelaki paling gemuk di dunia kerana sedar saya yang menyebabkan diri saya dalam keadaan seperti itu.
“Kini, saya yakin akan menjadi orang paling berjaya melangsingkan badan di dunia. Tetapi, perjalanan saya masih jauh.
“Saya mahu mencapai antara 88 hingga 95 kilogram, berat badan yang sihat untuk seseorang dengan ketinggian 1.98 meter.
“Saya bangga kerana dapat menunjukkan kepada orang lain yang mempunyai masalah berat badan mengenai apa yang boleh mereka capai,” katanya.
Mason pernah satu ketika makan makanan 20,000 kalori sehari, kira-kira 10 kali ganda daripada tahap yang disyorkan.
Dia kini mengubah amalan pemakanannya kepada sayur dengan jumlah yang kecil.
Lelaki itu sekarang seberat 152 kilogram selepas kehilangan dua per tiga daripada beratnya dulu sama berat dengan tiga petinju heavyweight.
“Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, berat bedan saya perlu stabil selama dua tahun sebelum mereka menimbang untuk menjalankan pembedahan membuang kulit saya yang menggeleber.
“Tetapi saya mahu menjalani pembedahan itu secepat mungkin kerana ia akan membolehkan saya bergerak lebih bebas dan membantu menurunkan lebih banyak berat badan saya,” katanya.
Mason berkata, dia menghadapi masalah kecelaruan makan kesan daripada dibuli ketika zaman kanak-kanak.
Masalah itu bertambah buruk dengan kematian bapanya pada 1986.
Anggota bomba terpaksa memecahkan dinding depan rumahnya dan menggunakan forklif untuk mengusungnya masuk ke ambulans apabila dia perlu menjalani pembedahan hernia ketika berat badannya 355 kilogram. – TS
Selengkapnya...

Rabu, 01 Januari 2014

Mie Ini Sering Digunakan Untuk Menurunkan Berat Badan


Jika sedang lapar dan sedang diet, mungkin sudah saatnya untuk memakan mie buatan Jepang ini.


Mie yang diberi nama Zero Mie hanya memiliki 10 kalori dalam setiap bungkus berisi 200 gram. Produsen mengklaim mie mampu menipu Anda untuk merasa kenyang tanpa menambah berat badan Anda.

Mie yang dijual 1,99 pound sterling per bungkus (atau setara dengan Rp 30 ribu) ini terbuat dari 96 persen air dan konjac glukomanan, sebuah serat larut alami.

"Konjac dalam mie dapat membantu menstabilkan kadar gula darah dan mencegah rasa lapar," jelas ahli gizi Laura Lamont, dilansir melalui Dailymail (22/10).

Meskipun begitu, para ahli diet tetap memperingatkan untuk tetap rutin berolahraga, tidak hanya bergantung pada diet.

sumber : ghiboo.com
Selengkapnya...

8 Seater Hybrid MPV Made in India




*8-SEATER MPV!!*
*Fresh air ventilation system**.*
*One-wheel drive**.*
*Economical 250 cc motor.*

Low capital, low maintenance.
*A bit tricky when cornering.*
*Easy entry and exit!* 


Selengkapnya...

MADONNA SYBIL

Selengkapnya...