Minggu, 23 Februari 2014

10 Sebab Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

10 Sebab Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran Ente apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi Ente. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan Ente. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta Ente saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada Ente sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, Ente menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap Ente apabila Ente berdua menghadapi masalah dalam perhubungan Ente kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan Ente kehilangan keyakinan diri kerana Ente akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Ente tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana Ente akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat Ente berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati Ente kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam Ente pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, Ente tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Ente hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Ente kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?Persoalannya, apakah Ente masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan Ente sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada Ente dan menarik minat Ente, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti Ente yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula Ente benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAINIngat ! Sebagai wanita, Ente seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis Ente. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa Ente tidak menghormati hak kaum Ente sendiri. Bayangkan jika hak Ente diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini Ente mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak Ente suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRISi dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada Ente tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan Ente. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan Ente lalu membuatkan Ente terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal Ente seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia Ente semakin meningkat. Apabila Ente sudah tua baru Ente sedar yang Ente terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, Ente sudah tidak tahu apa yang patut Ente lakukan. Terasa begitu lama Ente mempersiakan zaman muda Ente menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar